Logo Jata Negara 08 resize PORTAL RASMI
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
btpnpahang.moe.gov.my

tel 09-5447700 / 09-5447466  fax 09-5447053  emel Webmel lokasiLokasi

cats

Kuantan, 07 November 2016. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Pahang telah ditugaskan untuk membuat rakaman Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Melayu SJKC dan SJKT Piala Perpaduan Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan Kali Ke-34 Tahun 2016 yang diadakan di Hotel Mega View Kuantan Pahang. Pertandingan ini merupakan program anjuran Bahagian Kokurikulum dan Kesenian bersama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya melibatkan murid-murid sekolah rendah SJKC dan SJKT dari seluruh negara. Pengisian program adalah berbentuk pertandingan dan aktiviti Bahasa Melayu yang dapat memupuk dan meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penghayatan di dalam semangat perpaduan serta muhibbah dalam kalangan murid SJKC dan SJKT serta meningkatkan rasa kecintaan terhadap Bahasa Melayu dan negara Malaysia. Pada tahun ini, seramai 28 peserta Syarahan dari seluruh negeri kecuali Wilayah Persekutuan dan Sarawak telah terpilih untuk bertanding di peringkat kebangsaan selain seramai 70 peserta terlibat dengan Ujian Bertulis.

Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh Y.Bhg.Tn Hj Mohd Dzulkifri b Hj Nordin, Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang wakil rasmi kepada YB Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II, KPM. Peserta dari negeri Kelantan, Kheng Chew Yong telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu dan kumpulan peserta dari negeri Kelantan juga telah memenangi kategori Ujian Bertulis pada tahun 2016 ini. Walau bagaimanapun, JOHAN keseluruhan pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis dimenangi oleh peserta dari negeri Sabah. Y.Bhg.Tuan Haji Mohamed Kamal b Hashim, KPP BTPN Pahang turut hadir bagi memeriahkan majlis. Tahniah untuk semua.

 

APLIKASI

studio galeri.blue galeri gambar blue pengurusan maklumat blue email blue jawabjaya blue human resource blue sgmy blue
 e-Studio Galeri Foto Pengurusan Maklumat  Emel Rasmi Jawab Untuk Jaya HRMIS  MyGuru
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang