Logo Jata Negara 08 resize PORTAL RASMI
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
btpnpahang.moe.gov.my

tel 09-5447700 / 09-5447466  fax 09-5447053  emel Webmel lokasiLokasi

KPPM

 

Kuantan, BTPN Pahang 08 November 2016.  Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.Bhg. Tan Sri Dr Khair Mohd Yusof  telah meluangkan waktu beliau untuk bersama warga pendidikan negeri Pahang di dalam satu sesi khas iaitu Sesi Profesional bersama Pengurus-Pengurus Sekolah dan Pegawai-Pegawai di PPD dan JPNP. Majlis berlangsung dengan penuh harmoni di mana Y.Bhg.Tan Sri telah membangkitkan isu-isu semasa perkembangan pendidikan di negara ini khususnya yang berkaitan dengan pencapaian prestasi pendidikan dan juga kemajuan KPI Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dikongsi bersama. Y.Bhg. Tan Sri telah disambut dengan penuh mesra oleh Y.Bhg.Tuan Hj Mohamed Kamal Hashim selaku KPP BTPN Pahang dan seluruh pegawai dari JPN Pahang, PPD seluruh daerah dan Pengurusan Sekolah yang dijemput. Di samping berkesempatan berjumpa dengan warga pendidikan di Pahang, beliau juga telah membuat lawatan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk menyampaikan sumbangan dan sokongan moral kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM di wad hospital atas sebab-sebab kesihatan.

APLIKASI

studio galeri.blue galeri gambar blue pengurusan maklumat blue email blue jawabjaya blue human resource blue sgmy blue
 e-Studio Galeri Foto Pengurusan Maklumat  Emel Rasmi Jawab Untuk Jaya HRMIS  MyGuru
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang