Logo Jata Negara 08 resize PORTAL RASMI
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
btpnpahang.moe.gov.my

tel 09-5447700 / 09-5447466  fax 09-5447053  emel Webmel lokasiLokasi

Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah merupakan sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) atau sekarang dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan di dalam rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan memberi khidmat sokongan dan latihan kepada guru-guru dalam penggunaan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

PKG berkonsepkan perkhidmatan kelompok yang menyediakan khidmat sokongan kepada guru-guru daripada beberapa buah sekolah yang berdekatan. Oleh itu, kebiasaannya terdapat lebih daripada sebuah PKG dalam satu-satu Daerah Pendidikan.

Dari Segi sejarahnya, gerakan kearah penubuhan Pusat Kegiatan Guru berlaku secara beransur-ansur, bermula dengan penubuhan :

  • Pusat Sumber Tempatan (1978)
  • Pusat Media Daerah (1981)
  • Pusat Sumber Pendidikan Daerah (1986)

Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian pendidikan di antara Bandar dengan luar Bandar.Tujuannya pada masa itu hanya untuk memberi perkhidmatan pinjaman alatan serta menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah.

PSPD ditukar namanya kepada Pusat Kegiatan Guru dengan singkatannya PKG pada 14 April 1990 dan diberikan peranan yang lebih luas. Pusat Kegiatan Guru merupakan jalinan rancangan prasarana pendidikan dan pemangkin untuk merangsang pembangunan profesional guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan pusat sumber sekolah. Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan Falasafah Pendidikan Kebangsaan.

Terdapat 33 buah PKG diseluruh Negeri Pahang yang merangkumi semua daerah. Daerah Jerantut mempunyai 5 buah PKG. Daerah Pekan dan Cameron Highlands masing-masing hanya mempunyai sebuah PKG.

APLIKASI

studio galeri.blue galeri gambar blue pengurusan maklumat blue email blue jawabjaya blue human resource blue sgmy blue
 e-Studio Galeri Foto Pengurusan Maklumat  Emel Rasmi Jawab Untuk Jaya HRMIS  MyGuru
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang