APAKAH DIGITAL COMPETENCY STANDARDS (DCS)

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.

Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015. Pada tahun 2017 sebanyak 3000 sekolah telah mengambil bahagian dalam penilaian ini, Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik dari masa ke semasa. Pada tahun ini, 7,000 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Fasa 1 Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS). Fasa 1 penilaian ini akan dilaksanakan pada 06 Jun – 30 Julai 2018. (Bahan daripada portal rasmi Bahagian Teknologi Pendidikan).

Log Masuk DCS Pahang

060394

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.5 ke atas, Google Chrome, Internet Explorer 7 ke atas, dan Safari  dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixels. Laman web ini juga sesuai dilayari dengan menggunakan peranti mudah alih (responsive).


Warga BTPN Pahang
pkg bulat baru
| Pasukan Portal | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan| Peta Laman | Penafian |  Maklumbalas | Statistik Pelawat |